YA ALLAH YA TUHAN
Jadikanlah penerusan kehidupan ini peluang penambahan segala kebaikan kami, dan kematian kami nanti sebagai detik ketika mendapat ketenangan dan kerehatan.
Ya Allah, jadikanlah perkhidmatan dan pekerjaan kami, termasuk dalam budaya kerja cemerlang, memenuhi ciri-ciri Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan, sebagai amalan soleh yang mendapat keberkatan dan keredaan Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada sebarang perbuatan menyeleweng sama ada penyelewengan masa, material dan tenaga sebaliknya jadikanlah kami sebagai orang yang memberi tumpuan kepada kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami kerana sesungguhnya kami amat takut kepada peringatan balasan Mu nanti terhadap orang-orang yang mengabaikan tanggungjawab.